PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA PROGRAM/AKTIVITI

Kredit - KUIS

1.0. FORMAT KULIT LUAR

1. Latar belakang perlu berwarna putih.
2. Logo KUIS di bahagian Tengah.
3. Aktiviti Luar Mentoring.
4. Kulit luar perlu mempunyai butiran seperti berikut: - Tajuk : Tajuk hendaklah ringkas, jelas dan padat - Tarikh : - Tempat : - Anjuran : Cth: Kumpulan Mentoring En. Muhammad Bin Ahmad Fakulti Pendidikan

 2.0. TUJUAN
Kertas cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM) untuk menjalankan program
\
3.0. LATAR BELAKANG
 - Terangkan secara ringkas latar belakang aktiviti.
 - Tujuan aktiviti ini diadakan.
 - Kerjasama atau bantuan daripada Persatuan/ Agensi/ Organisasi lain. 
- Kesan/ Permasalahan sekiranya aktiviti ini tidak diadakan (sekiranya perlu). 

4.0. OBJEKTIF 

Sekurang-kurangnya tiga (3) objektif yang ingin dicapai dari pelaksanaan aktiviti ini.

 5.0. IMPAK PROGRAM Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga (3) kesan atau impak yang dapat memberikan faedah kepada pelajar, peserta, organisasi, masyarakat dan Negara.

 6.0. KUMPULAN SASARAN - Siapa peserta - Bilangan penyertaan (Termasuk urusetia) - Lampiran senarai peserta (no. kp, no. matrik & no. telefon) ~ sekiranya ada. 

7.0. TARIKH, HARI DAN TEMPAT - Nyatakan Haribulan/ Bulan/ Tahun - Nyatakan tempat dengan terperinci seperti nama tempat, mukim, daerah, negeri. Contoh : Kampung Batu 10 Kebun Baru, Telok Panglima Garang, Banting, Selangor Darul Ehsan - Tempat hendaklah sesuai dengan objektif aktiviti dengan kos yang munasabah. 8.0. ANJURAN - Nama penganjur (persatuan/ majlis dan sebagainya). - Kerjasama (namakan badan-badan/ agensi-agensi terlibat). - Terangkan kenapa memilih agensi-agensi tersebut serta peranannya. 9.0. INISIATIF KESEDARAN WAQAF - Terangkan secara ringkas usaha persatuan (ketika sesuatu program dijalankan) dalam memperkenal dan memperkasa waqaf kepada umum. 10.0. TETAMU KEHORMAT/PERASMIAN (JIKA BERKAITAN) - Nyatakan nama dan jawatan. - Justifikasi pemilihan perasmi. - Jemputan lain dan bilangan. 11.0. PENCERAMAH LUAR (JIKA BERKAITAN) Sila berikan maklumat lengkap penceramah seperti berikut (jika berkaitan): i. Profil penceramah. ii. Profil syarikat (sekiranya bayaran dibuat atas nama syarikat). iii. Sebutharga daripada penceramah/ syarikat. 12.0. KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI Terangkan bagaimana aktiviti tersebut dilaksanakan. Adakah dalam bentuk: - Ceramah. - Latihan Dalam Kumpulan (LDK) ~ modul perlu dilampirkan. - Persembahan Individu/Berkumpulan - Melibatkan aktiviti lasak/aktiviti ‘in-door’ dan sebagainya (modul perlu dilampirkan sekiranya perlu) 13.0. TENTATIF PROGRAM - Terangkan butiran aturcara setiap hari termasuk aturcara perasmian dan penutup. - Beri butiran nama Penceramah dan topik. - Beri butiran pengendalian aktiviti dalam aturcara (jika berkaitan). 14.0. JAWATANKUASA PELAKSANA - Nyatakan Penaung/Penasihat dan senarai Ahli Jawatankuasa (berserta No. Pelajar dan Jawatan yang disandang dalam program tersebut). - Peranan dan skop tugas bagi setiap Ahli Jawatankuasa. 15.0. IMPLIKASI KEWANGAN i. Pendapatan Nyatakan dengan jelas anggaran pendapatan seperti yuran peserta, sumbangan luar / penaja dan lain-lain (jika ada) beserta jumlah keseluruhan.  Pelajar digalakkan mencari sumber kewangan sendiri bagi membiayai sesuatu aktiviti dengan kebenaran bertulis dari Ketua BPM. ii. Perbelanjaan Nyatakan dengan jelas perbelanjaan seperti : ● Makan/ minum meliputi jamuan perasmian/penutup dan jamuan VIP. ● Pentadbiran meliputi percetakan /urusan pos/urusetia dll. ● Logistik meliputi tempat /penginapan /pengangkutan /peralatan audio visual dll. ● Cenderahati meliputi cenderahati perasmi/ penceramah/ honorarium penceramah/ ahli panel. ● Publisiti meliputi kain pemidang (banner/bunting) / latar belakang pentas (backdrop)/ poster/ flyers. ● Perlindungan Takaful kelompok untuk aktiviti berisiko tinggi seperti aktiviti di dalam hutan, mendaki gunung dan aktiviti air.  BPM tidak menaja sebarang program luar Mentoring. iii. Jumlah Keseluruhan Nyatakan dengan jelas jumlah keseluruhan implikasi kewangan program. 16.0. PENUTUP / SYOR - Nyatakan terima kasih serta memohon pertimbangan untuk kelulusan BPM. 17.0. PENGESAHAN DAN SOKONGAN 17.1. Susunan tandatangan adalah seperti berikut : Disediakan oleh : …………………………………… (NAMA) Pengarah Program Tarikh: Disemak oleh : …………………………………… (NAMA) Mentor/Penasihat Program Tarikh: Disokong oleh : …………………………………… (NAMA) Timbalan Dekan (Pembangunan Mahasiswa & Alumni) Tarikh: Disemak dan disokong oleh : …………………………………… Ulasan : (NAMA) __________________________________________ Ketua __________________________________________ Bahagian Pembangunan Mahasiswa __________________________________________ Tarikh:

Comments

Popular posts from this blog

Susunan Tempat Duduk

Penyediaan Buku Program