PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA PROGRAM/AKTIVITI


1.0. FORMAT KULIT LUAR

 1. Latar belakang perlu berwarna putih.
2. Logo KUIS di bahagian Tengah
3. Aktiviti Luar Mentoring.
4. Kulit luar perlu mempunyai butiran seperti berikut: - Tajuk : Tajuk hendaklah ringkas, jelas dan padat - Tarikh : - Tempat : - Anjuran : Cth: Kumpulan Mentoring En. Muhammad Bin Ahmad Fakulti Pendidikan

 2.0. TUJUAN Kertas cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM) untuk menjalankan program .

 3.0. LATAR BELAKANG - Terangkan secara ringkas latar belakang aktiviti. - Tujuan aktiviti ini diadakan. - Kerjasama atau bantuan daripada Persatuan/ Agensi/ Organisasi lain. - Kesan/ Permasalahan sekiranya aktiviti ini tidak diadakan (sekiranya perlu). 

4.0. OBJEKTIF Sekurang-kurangnya tiga (3) objektif yang ingin dicapai dari pelaksanaan aktiviti ini.

 5.0. IMPAK PROGRAM Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga (3) kesan atau impak yang dapat memberikan faedah kepada pelajar, peserta, organisasi, masyarakat dan Negara.

6.0. KUMPULAN SASARAN - Siapa peserta - Bilangan penyertaan (Termasuk urusetia) - Lampiran senarai peserta (no. kp, no. matrik & no. telefon) ~ sekiranya ada

Comments

Popular posts from this blog

Susunan Tempat Duduk

Penyediaan Buku Program